TIPS SIMPAN KUNYIT HIDUP, HALIA DAN LENGKUAS SUPAYA TAHAN LAMA

Tips simpan kunyit hidup, halia dan lengkuas... letak dalam botol macam nie isikan air dan letak benda alah tue semua...

In shaa Allah berbulan2 tahan... yang best tak cepat kecut dan rosak🙄

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah



SAMBAL HITAM PAHANG PALING SEDAP KATANYA

Pic tak edit pun... screen shot jea^_^ terharu sangat bila peminat tegar sambal hitam pahang katanya dia beli macam2 jenis tetapi yang #CyecahCyecah juga paling sedap...

Marvellleesssss... hahaha itu kak DH tambah lauk😂

Korang yang tak pernah rasa tak nak rasa ke?

*Jangan pelik tengok gambar wall hset kak DH... ada sebab dialah tue penuh dengan emas banyak2... nak tahu kena belajar...😎


#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah



BILA KAK DH KEMBALI BERSIARAN DI AL HIJRAH

Rezeki tak disangka 2 bulan lepas kak DH kembali dijemput oleh Rancangan Assalamualaikum untuk slot DIY.
Kali ini kak DH berkongsi 2 resepi yang berbeza dari sebelum ini. sebelum ini kak DH hanya tunjukkan resepi yang tidak menggunakan dapur. Live dalam studio kan... untuk yang ini berbeza kita masak2 kat luar. Best sangat. Rasa dalam rancangan sendiri sahaja... kihkih Berangan!!!
Apapun terima kasih sangat kat Al Hijrah bagi peluang untuk kak DH live lagi. KAli ini bawa mak mentua. Suka sangat mak mentua kak DH. Siapa sangka ka DH niaga sambal jea kan boleh masuk TV. Alhamdullilah free marketing. Syukur semua dengan izin ALLAH swt.
Terharu sebak semua ada... peluang terbuka depan mata. Rebut jelah kan. Baru sempat post di entry ini sedangkan masa LIVE haro tue 19hb Januari 2017. Mehlah layan gambar2 yang adooo ini sebagai santapan yea😚






RESEPI DAPUR KAK DH : SUP TELUR SAYUR CAMPUR SAMBAL KETUK METUK



Resepi 6 : Sup Telur Sayur Campur Sambal Ketuk Metuk

Bahan2nya

4 ekor sotong size sederhana
4 biji telur
55g sambal ketuk metuk
sedikit sawi
sedikit lobak merah
sedikit putik jagung
sedikit tomato
sedikit suun
sedikit fucuk
sedikit air
sedikit lada hitam
sedikit garam jika perlu
sedikit minyak 

Cara2nya

1- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan sambal metuk ( tak perlu bawang )
2- Masukkan air bersama sotong dan lobak merah
3- Bila dah mendidih masukkan telur
4- Dan masukkan sayur lain bersama suun dan fucuk
5- Masukkan lasaga hitam dan garam jika perlu
6- Dalam 5 minit dan siap

( Makan tanpa nasi pun mengenyangkan )

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH

RESEPI DAPUR KAK DH : DAGING MASAK ASAM PEDAS MINANG


Resepi 5 : Daging Masak Asam Pedas Minang

Bahan2nya

1/2kg daging ( direbus sehingga empuk )
500ml stok air daging
25 batang cili kering ( direbus dan diblender )
2 biji bawang besar ( diblender )
5 biji bawang putih ( diblender )
2 inci halia ( diblender )
2 inci kunyit hidup ( diblender )
1 batang bunga jantan
1 biji tomato
10 batang bendi
segemgam daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
2 inci belacan
2 batang serai ( diketuk )
1 keping asam keping
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Cara2nya

1- Panaskan minyak dan tumiskan belacan sehingga naik bau
2- Masukkan bahan2 diblender sehingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa
3- Masukkan stok daging air daging, asam keping dan daging serta serai
4- Biarkan remeh masukkan garam dan gula secukup rasa
5- Masukkan tomato, bendi, bunga kantan
6- Setelah itu biarkan mendidih seketika bagi kuah mesra2
7- Tutup api sedia dihidangkan

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH

Resepi Dapur Kak DH : Ikan Kembung Masak Taucu


Resepi 4 : Ikan Kembung Masak Taucu

Bahan2nya

2 ekor ikan kembung ( gaul dengan kunyit serbuk dan garam kemudian goreng... ketepikan )
3 sudu taucu manis
1/2 biji bawang holand ( dihiris )
1 biji bawang besar ( dihiris )
4 ulas bawang putih ( dihiris )
2 inci halia ( dihiris )
4 sekawan
1 batang timun size kecil
1 biji tomato
1 biji lada besar merah ( dihiris )
5 biji lada api hijau
sedikit air asam jawa
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
daun bawang untuk hiasan

Cara2nya

1- Panas minyak yang mengoreng ikan tadi
2- Masukkan 4 sekawan, bawang holand, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris tadi sehingga agak layu
3- Masukkan tauhu, air asam jawa dan sedikit air
4- Masukkan timun... masak agak lembut masukkan tomato, lada besar merah dan lada api hijau
5- Dah mendidih kuahnya masukkan ikan bagi ikan bermesra dengan kuah
6- Tutup api dapur sedia dihidangkan. Letakkan daun bawang

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH
#Cabaran30HariLive30Resepi

Resepi Dapur Kak DH : Sambal Udang Petai

Resepi 3 : Sambal Udang Petai

Bahan2nya

20 ekor udang putih
15 batang cili kering ( rebus dan blender )
1 biji bawang besar ( blender )
5 biji bawang putih ( blender )
2 inci kunyit hidup ( blender )
1 inci halia ( blender )
2 papan petai 
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara2nya

1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 blender sehingga pecah minyak
2- Selepas itu masukkan air asam jawa
3- Masukkan garam dan gula serta sedikit air
4- Masukkan udang putih
5- Setelah udang agak masak masukkan petai
6- Biarkan seketika dah siap masak sedia dihidangkan

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH